Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta Program LTDR 2.0 tanam 60 pokok di Bintulu
diterbitkan pada 25 September 2023

Peserta Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0) peringkat Wilayah Bintulu telah menanam 60 pokok di Taman Tasik Muhibbah, Bintulu pada 25 September 2023.

Aktiviti tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Happysupina Sait. Turut hadir, Penolong Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Maimunah Matali; dan Pegawai Daerah Bintulu, Muhammad Dino Amid.

Seramai 100 peserta yang terdiri daripada staf JHS dan agensi-agensi lain di Bintulu menanam 60 pokok belian (Eusideroxylon zwageri). Aplikasi Mudah Alih Penghijauan Malaysia turut diperkenalkan kepada para peserta program tersebut.

LTDR 2.0 menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta meraikan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my