Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sarawak lancar Program Le Tour de Restoration 2.0, sambut 60 Tahun Sarawak Merdeka
diterbitkan pada 23 September 2023

Sarawak telah melancarkan Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0): Greening Sarawak Campaign pada 23 September 2023 sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Majlis pelancaran di Taman Rimba Sebangkoi, Sarikei disempurnakan oleh Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong yang mewakili YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Turut hadir, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad.

Sebagai simbolik sambutan, sebanyak 60 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) ditanam di Taman Rimba Sebangkoi oleh peserta program.

Program LTDR 2.0 merupakan inisiatif restorasi hutan di pelbagai lokasi di seluruh Sarawak. Peserta menaiki caravan sepanjang perjalanan dan menanam 60 pokok belian di setiap lokasi dengan penglibatan agensi-agensi setempat.

LTDR 2.0 merupakan kesinambungan Program LTDR yang telah dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak pada 2021.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my