Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MTC, MPKj, YHM tanam 100 pokok di Taman Ecohill, Semenyih
diterbitkan pada 28 November 2023

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah menanam 100 pokok di Taman Ecohill, Semenyih, Selangor pada 28 November 2023.

Program turut diserikan lagi dengan kehadiran 16 kanak-kanak dan pihak pengurusan Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini Cheras sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada merawan siput jantan (Hopea odorata), tecoma (Tabebuia rosea), jambu kuning (Xanthostemon chrysanthus) dan salam (Syzygium polyanthum).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YHM, Dr Muiz Murad berkata program tersebut merupakan kerjasama ketiga antara YHM dan MTC bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Katanya, sebanyak 635 pokok telah ditanam secara keseluruhan oleh MTC sejak 2022 bawah program ini. Dua aktiviti penanaman pokok sebelum ini melibatkan penanaman 235 pokok di Taman Tasik Cempaka pada 15 Januari 2022 dan 300 pokok bakau (Rhizophora sp.) di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang pada 27 Mac 2022.

Turut hadir, CEO MTC, Noraihan Abd Rahman; Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi MPKj, Lar. Norazman Abd Rahim; Timbalan Pengetua RKK Mini Cheras, Syairah Zulkapli; serta wakil-wakil Lembaga Pemegang Amanah MTC, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my