Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mitsubishi, YHM, Komuniti Kampung Sijangkang tanam 500 pokok bakau
diterbitkan pada 21 October 2023

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Komuniti Kampung Sijangkang telah menanam 500 pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor pada 21 Oktober 2023.

Ini merupakan aktiviti penanaman pokok ketiga bawah 'Mitsubishi Motors Malaysia Trees For Future In Support of Malaysia's 100 Million Tree-Planting Campaign'.

Aktiviti ini merupakan tanggungjawab sosial korporat MMM dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Seramai 70 sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pengedar sah MMM telah menanam pokok bakau daripada spesies bakau kurap (Rhizophora mucronata).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda; Naib Presiden Kanan MMM, Arba Abd Rahman; dan Bahagian Pengurusan Projek YHM.

Sebelum ini, MMM telah menanam 50 pokok hutan di Hutan Simpan (HS) Sungai Puteh, Cheras, Kuala Lumpur pada 25 November 2021 dan 1,125 pokok bakau di HS Tanjung Burung, Perak pada 25 Februari 2023.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my