Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MTDC Sokong Program Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 18 November 2023

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 18 November 2023 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Rombongan seramai 40 peserta ini diketuai Mariatini Othman, Naib Presiden Kanan MTDC.

Mereka disambut Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Mariatini berkata program ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara MTDC dan FRIM dalam menjaga kelestarian alam sekitar serta meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan staf MTDC.

Mohd Nizam Achin dan Harfendy Osman, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM menyampaikan taklimat berkenaan keselamatan serta cara penanaman.

Sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), merawan siput jantan (Hopea odorata), resak daun panjang (Vatica nitens), jambu bol (Syzygium malaccense), bintangor (Calophyllum sp.) telah ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my