Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta bengkel FRIM, MPKB-BRI tanam pokok
diterbitkan pada 15 November 2023

Para peserta 'Bengkel Kawasan Hijau Bandar Untuk Pengurusan Bersepadu ke Arah Kesejahteraan Masyarakat' anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menanam pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu pada 15 November 2023.

Seramai 25 peserta telah menanam 13 pokok melinjau (Gnetum gnemon), kelat (Syzygium sp.) dan rambai (Baccaurea motleyana) bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Spesies-spesies pokok ini dipilih sebagai penanaman pengayaan (enrichment planting) bagi pokok-pokok buahan nadir sedia ada di taman tersebut. Pokok-pokok ini menambah nilai estetika dan membekal sumber makanan hidupan liar.

Bengkel ini bertujuan berkongsi hasil kajian FRIM di Taman Perbandaran Tengku Anis serta menyediakan platform perbincangan mengenai pengurusan dan pemuliharaan kawasan hijau serta mewujudkan jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan.

Dr Hasnina Hassan, Pengarah Perancang Bandar dan Landskap, MPKB-BRI menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Ahmad Azaruddin Mohd Noor selaku Ketua Projek dan Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar FRIM merasmikan bengkel tersebut.

Para peserta terdiri daripada wakil-wakil: MPKB-BRI, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Alam Sekitar Kelantan (JAS), Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Bandar Baru Tunjong, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPG), Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTM KB), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Universiti Sains Malaysia (USM), Kolej Vokasional Pasir Puteh dan Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my