Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Petronas, JAS tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 01 November 2023

PETRONAS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 11 November 2023 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Rombongan seramai 85 peserta ini diketuai Shafe'ee Yassin, Pengarah Penguatkuasaan, JAS. Turut hadir, Suhaimi Ahmad, Ketua Jabatan Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran (HSE), Project Delivery & Technology (PD&T) PETRONAS; serta Mohd Helmi Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Strategik JAS.

Mereka disambut Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Shafe'ee berkata bahawa program ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara pemegang taruh khususnya antara PD&T PETRONAS dengan JAS dalam kolaborasi program menjaga kelestarian alam sekitar serta mempromosikan penyertaan Rakan Alam Sekitar kepada orang awam.

Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM dan Mohd Faisal Iskandar Sukhairi, staf Unit Komunikasi Korporat menyampaikan taklimat berkenaan keselamatan serta cara penanaman.

Sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), merawan siput jantan (Hopea odorata), meranti kepong (Rubroshorea ovalis), ramin melawis (Gonystylus bancanus), damar hitam pipit (Richetia multiflora), belian (Eusideroxylon zwageri) dan mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) telah ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my