Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM anjur Program Kenali SPF Setiu
diterbitkan pada 09 November 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program 'Kenali SPF Setiu' di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Setiu, Terengganu yang melibatkan stafnya bersama komuniti setempat dalam aktiviti penanaman 300 pokok pada 9 November 2023.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahmad Rizal Mamat, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu. Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); Lokman Mohamad, Anggota Institut FRIM dan Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan.

Program ini bertujuan memperkenalkan SPF Setiu kepada agensi-agensi kerajaan negeri serta komuniti di sekitar stesen tersebut. SPF Setiu ditubuhkan pada 1996 sebagai 'Pusat penyelidikan Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)' untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan pemulihan tanah dan penanaman pelbagai spesies pokok hutan.

Seramai 150 peserta menanam 300 pokok cucur atap (Baeckea frutescens) dalam program yang turut menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Para peserta terdiri daripada wakil-wakil Majlis Daerah Setiu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Jabatan Perkhidmatan Verterinar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Perlancongan, Pejabat RISDA, Lembaga Pertubuhan Peladang, Pejabat FAMA, Lembaga Kenaf dan Tembakau, Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bari Besar, MPKK Bari Kecil, MPKK Kampung Taman Hijrah, PUSPANITA FRIM, Pertubuhan Wanita FRIM (PWFRIM), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) FRIM.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my