Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, SPC tanam 300 pokok bakau sempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa 2023
diterbitkan pada 26 July 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Sejingkat Power Corporation (SPC), anak Syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok bakau sempena sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa (International Day for the Conservation of the Mangrove Ecosystem) pada 26 Julai 2023.

Aktiviti tersebut juga menyokong Program Penghijauan Malaysia dan Kempen 'Greening Sarawak'.

Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa diisytiharkan oleh UNESCO pada 2015 untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ekosistem ini.

Aktiviti penanaman pokok ini dihadiri 80 peserta yang terdiri daripada pegawai dan staf JHS, SPC dan SEB. Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Hutan, Abdul Wahab yang mewakili JHS bersama Ir. Mohd Narzam Jaffar yang mewakili SPC.

Sebanyak 300 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) telah ditanam dalam program tersebut. Selain itu, demonstrasi mangrove drone seeding juga diadakan untuk menguji potensi penggunaan drone dalam penanaman bakau di kawasan yang sukar diakses.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my