Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Tokio Marine sokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
diterbitkan pada 28 October 2023

Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad (TMIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 28 Oktober 2023 sebagai sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 91 staf yang diketuai Ng Hang Ming, Ketua Pegawai Eksekutif menyertai aktiviti tersebut. Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) memberi taklimat keselamatan serta cara penanaman.

Sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), merawan siput jantan (Hopea odorata), kasai (Pometia pinnata), meranti kepong (Rubroshorea ovalis), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), balau sengkawang air (Shorea sumatrana) and belian (Eusideroxylon zwageri) telah ditanam.

Aktiviti penanaman ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Saifulhazlin Abd Rahim, urusetia CSR FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my