Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang 200 pokok bagi program 'Hug Our Tree'
diterbitkan pada 29 September 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan 200 pokok kepada aktiviti penanaman pokok di tapak Off River Storage Bestari Jaya, Kuala Selangor anjuran NGO 'Hug Our Tree'.

Initiatif 'Hug Our Tree' ini bertujuan menggalakkan penanaman pokok dan meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar.

Acara penanaman pokok diadakan pada:

• 15 September 2023: dihadiri oleh Hasrolnizam Shaari, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM serta sukarelawan syarikat BayWa.re.

• 29 September 2023: dihadiri Dr Siti Salwana Hashim, Ketua Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM bersama sukarelawan ERS Energy Sdn. Bhd.

Program tersebut memberikan sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.

Spesies-spesies yang disumbangkan TSU FRIM ialah kelat hitam (Syzygium syzygiodes), salam (S. polyanthum), saga (Adenanthera pavonina), labu kayu (Crescentia cujete), bintangor gambut (Calophyllum inophyllum), penaga lilin (Mesua ferrea), jati (Tectona grandis), keladan (Dryobalanops oblongifolia), kapur (D. aromatica), meranti sengkawang merah (Rubroshorea singkawang), engkabang (R. macrophylla), meranti tembaga (R. leprosula), meranti Seraya (R. curtisii), seraya daun mas (R. argentifolia) dan merawan siput (Hopea sangal).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my