Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Coway lestarikan alam sekitar di FRIM
diterbitkan pada 21 October 2023

Coway (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 21 Oktober 2023.

Seramai 20 staf yang diketuai Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway menyertai aktiviti tersebut. Mereka disambut oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Harfendy Osman dan Mohd Shahid Mohd Mustafa, staf Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) memberi taklimat keselamatan serta cara penanaman.

Dalam ucapannya, Dr Ismail mengucapkan terima kasih kepada Coway kerana memilih FRIM sebagai lokasi bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta mengalu-alukan sokongan syarikat swasta terhadap Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Coway Malaysia merupakan syarikat pertama yang berjaya menerima Pensijilan Hijau FRIM.

Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), merawan siput jantan (Hopea odorata), jambu bol (Syzygium malaccense) dan resak irian (Vatica rassak) telah ditanam.

Program penanaman ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Dr Lillian Chua, Timbalan KP (Operasi).

Turut hadir, Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan FRIM Perkhidmatan Pensijilan Produk (PCS); Hashim W. Samsi, Ketua Program Kualiti Produk Kayu (MP); Nor Haliyan Tan Shilan, Pengurus Pensijilan; serta pegawai-pegawai penyelidik FRIM PCS dan MP yang lain.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my