Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Ben Line Agencies tanam 350 pokok di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
diterbitkan pada 26 August 2023

Syarikat Ben Line Agencies (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) menjayakan program penanaman bakau bersama komuniti Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor pada 26 Ogos 2023.

Sebanyak 350 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) ditanam sebagai komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap pemuliharaan alam sekitar serta bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 50 orang sukarelawan daripada syarikat berkenaan terlibat dalam aktiviti ini.

Ketua Bahagian Pembangunan Projek YHM, Wan Muhammad Hazirim Wan Mustapha berkata komitmen yang ditunjukkan syarikat tersebut adalah satu usaha yang murni dalam memulihara biodiversiti negara dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

Katanya penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama seluruh anggota masyarakat termasuklah syarikat-syarikat korporat khususnya bagi mengurangkan kesan perubahan iklim global dan jejak karbon.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my