Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PNBC tanam 950 pokok bakau sempena Hari CSR MRE
diterbitkan pada 17 June 2023

PNB Commercial Sdn Berhad (PNBC) dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia telah menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau secara serentak di tiga lokasi dalam Program Inisiatif Helai Daun Sempena Hari CSR Malaysia Real Estate (MRE) pada 17 Jun 2023.

Sebanyak 950 pokok bakau yang terdiri daripada spesies bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (R. mucronata) telah ditanam oleh 220 peserta secara keseluruhan.

Daripada jumlah tersebut, 500 pokok ditanam di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Selangor oleh 90 peserta; 250 pokok di Hutan Simpan Tanjung Tuan, Melaka oleh 80 peserta; manakala 50 peserta menanam 200 pokok lagi di Taman Negara Tanjung Piai, Johor.

Peserta yang terlibat terdiri daripada staf PNBC dan PNB Development dalam usaha untuk menyokong pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Hari CSR MRE merupakan program tahunan MRE yang dilancarkan pada tahun lepas.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my