Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

925 pokok ditanam sempena Program 'The Queen's Green Canopy'
diterbitkan pada 20 May 2023

Sebanyak 925 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) ditanam sempena Program 'The Queen's Green Canopy' (QGC) di Hutan Simpan Tanjung Burung, Perak pada 20 Mei 2023.

Program kerjasama antara British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC), British High Commission (BHC) dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) ini mendapat sokongan dan sumbangan dana daripada Press Metal Aluminium Holdings Berhad, HL Design Group Sdn Bhd, AstraZeneca Sdn Bhd dan BSI Services Malaysia Sdn Bhd.

Program QGC meraikan ulang tahun ke-70 Jubli Platinum Ratu Elizabeth II dengan menanam 70 pokok oleh setiap organisasi/syarikat yang terlibat.

Pelancaran Program QGC peringkat Malaysia telah disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2022.

Program tersebut juga menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021 - 2025).

Syarikat korporat dan individu yang mengambil bahagian layak mendapat pengecualian cukai sebanyak 10% daripada pendapatan tahunan bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi kategori Pembangunan Teknologi Hijau dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my