Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Universal Peak sambut Hari Ozon Sedunia di FRIM
diterbitkan pada 30 September 2023

Universal Peak Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 30 September 2023.

Seramai 12 staf yang diketuai oleh Datuk Ir. Raj Kumar, Pengarah Urusan Kumpulan Universal Peak telah menyertai program tersebut bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Saifulhazlin Abd Rahim, Pembantu Penyelidik FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada peserta manakala, Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM memberi taklimat keselamatan serta cara penanaman.

Para peserta telah menanam 20 pokok yang terdiri daripada kasai (Pometia pinnata), keruing kertas (Dipterocarpus chartaceus), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), rambai (Baccaurea motleyana) and meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my