Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Dasar Pengurusan FRIM tanam pokok
diterbitkan pada 04 August 2023

Staf Bahagian Dasar Pengurusan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di kampus FRIM, Kepong pada 4 Ogos 2023.

Seramai 20 staf yang diketuai Dr Lillian Chua, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah menanam 20 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), balau laut (Shorea glauca), sentul paya (Sandoricum beccarianum) dan meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii).

Aktiviti yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dan kerjasama Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) ini penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar serta menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Mohd Nizam Achin, staf CPH menyampaikan taklimat manakala Harfendy Osman menunjukkan cara Penanaman Pokok. Turut hadir, Toh An Nee, Ketua CCU; Ilyani Mazlan, Ketua Audit Dalam dan Nor Azura Ahmad Murad, Ketua Undang-Undang.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my