Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

55 tanam Pokok di FRIM, rai Bulan Kebangsaan
diterbitkan pada 19 August 2023

Seramai 55 orang awam telah menanam 60 pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 19 Ogos 2023 untuk meraikan Bulan Kebangsaan serta menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program ‘Forester for a Day’ ini dirasmikan oleh Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM. Harfendy Osman, staf Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) memberi taklimat keselamatan serta cara penanaman pokok. Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada terdiri daripada nyatoh putih (Palaquium obovatum), ramin melawis (Gonystylus bancanus), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), krepal (Kostermansia malayana), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), belian (Eusideroxylon zwageri), balau membatu (Shorea guiso), merawan siput jantan (Hopea odorata) dan redan (Nephelium maingayi).

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) FRIM yang bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan usaha pemuliharaan alam sekitar dan penanaman pokok bagi penjagaan hutan.

Norwati yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia Peringkat FRIM mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua peserta kerana memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga bagi menjalankan aktiviti yang amat bermakna ini.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my