Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang pokok, hijaukan Jerai Geopark
diterbitkan pada 08 July 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbang 50 pokok kepada Persatuan Komuniti dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubuk Kawah, Kedah bagi menghijaukan kawasan Jerai Geopark.

Program Kerjasama ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) dalam Pembangunan dan Gotong Royong Perdana’ anjuran persatuan tersebut diadakan di Geotapak Sungai Teroi, Rimba Rekreasi Lubuk Kawah pada 8 Julai 2023.

Program tajaan Pantai Hospital Laguna Merbok ini dianjurkan bersempena Kempen Menghijaukan Alam dan Mempelihara Sungai Khazanah Semulajadi.

Sebanyak lima spesies pokok hutan dipterokarp yang terdiri daripada keruing bulu (Dipterocarpus baudii), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), kapur (Dryobalanops aromatica), giam lintah bukit (Hopea helferi) dan balau sengkawang air (Shorea sumatrana) telah disumbangkan oleh Tapak Semaian Utama FRIM.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat, wakil Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan staf hospital telah menghadiri program tersebut.

Turut hadir, Dr Kelvin Ch’ng, CEO hospital; Mohd Shahidan Mohd Arshad; Ketua Unit Pengembangan Teknologi FRIM; Mohd Zamri Said, pengerusi program; dan DSP Shahnaz Akhtar Haji, Ketua Polis Daerah Yan.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my