Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Shearn Delamore & Co. tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 22 July 2023

Firman guaman, Shearn Delamore & Co. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 22 Julai 2023.

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Syarikat tersebut pernah menanam 20 pokok di FRIM pada 12 November 2022.

Seramai 16 staf yang diketuai Jimmy Liew, Rakan Kongsi dan Ketua Kelab World Services Group (WSG)/CSR turut menyertai aktiviti penanaman pokok kali ini.

Mereka disambut oleh Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan.

“Penglibatan dalam aktiviti sebegini menunjukkan komitmen syarikat dalam memainkan peranan aktif dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan menjaga khazanah hutan demi generasi akan datang,” kata Liew.

Mohd Shahid Mohd Mustafa, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM pula menyampaikan taklimat keselamatan serta cara penanaman.

Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada kasai (Pometia pinnata), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), belian (Eusideroxylon zwageri), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), merawan mata kucing pipit (Hopea johorensis) telah ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my