Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Warga Bahagian Perhutanan FRIM tanam pokok di SPF Pasoh
diterbitkan pada 05 June 2023

Warga Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh, Negeri Sembilan pada 5 Jun 2023 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Aktiviti tersebut bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai fungsi dan peranan pokok dalam alam sekitar.

Rombongan 55 staf tersebut diketuai Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah bahagian. Turut hadir, Nur Hajar Zamah Shari, Ketua Program Hutan Asli. Mereka disambut Salleh Mat, Penyelaras SPF Pasoh; dan Musalmah Nasardin, Pengurus SPF Pasoh.

Salleh menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Wan Mohd Shukri.

Mohd Nizam Achin daripada Cawangan Pengurusan Hutan menyampaikan taklimat mengenai teknik penanaman pokok.

Para peserta telah menanam 267 pokok termasuklah merbau (Intsia palembanica), chengal (Neobalanocarpus heimii), nyatoh taban merah (Palaquium gutta) dan meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia) sumbangan Cawangan Pengurusan Hutan, Program Kesihatan dan Pemuliharaan (PULIH) dan Tapak Semaian Utama FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my