Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM beri pokok kepada peserta sesi perubahan iklim
diterbitkan pada 24 June 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menghadiahkan anak pokok kepada para peserta sesi perkongsian FRIM yang bertajuk, ‘The climate is changing, shouldn’t we too?’ (Iklim sedang berubah, perlukah kita juga?) pada 24 Jun 2023.

Mereka menerima anak pokok jambu bol (Syzygium malaccense) sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM daripada Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM sebagai sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sesi yang diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada 5 Jun ini dihadiri 25 peserta.

Dr Elizabeth Philip, Ketua Program Alam Sekitar dan Perubahan Iklim FRIM berkongsi mengenai topik perubahan iklim, kredit karbon serta peranan yang boleh dimain oleh setiap individu dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.

Selepas ceramah, beliau mengadakan aktiviti interaktif bagi 'mengira jejak karbon anda' dan 'membandingkan kesan perubahan iklim terhadap pokok'.

Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat; dan Lim Chung Lu, Pegawai Media.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my