Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok di SK Merbau Sempak
diterbitkan pada 25 August 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di SK Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor pada 25 Ogos 2023 untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti yang dijalankan Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM ini dirasmikan Noraini Tungol, Guru Besar sekolah dan melibatkan 10 guru serta 16 murid darjah 6.

Sebanyak 16 pokok sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM berjaya ditanam. Pokok-pokok tersebut terdiri daripada pokok-pokok buah nadir: Sentul (Sandoricum koetjape); kerian burung (Syzygium claviflorum), jambu bol (Syzygium malaccense), kasai (Pometia pinnata) dan rambai tiung (Baccaurea ramiflora).

Sebatang pokok merbau (Intsia palembanica), iaitu Pokok Kebangsaan Malaysia yang juga bersempana nama sekolah ini turut ditanam sebagai acara simbolik perasmian aktiviti.

Aktiviti penanaman ini juga bertujuan memupuk semangat cintai alam semula jadi dalam kalangan pendidik dan pelajar-pelajar.

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan pada 2021 bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my