Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Petroliam Nasional tanam pokok di FRIM, rai Hari Alam Sekitar
diterbitkan pada 24 June 2023

Petroliam Nasional Berhad telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 24 Jun 2023 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Seramai 80 staf yang diketuai Mozaffar Azman B Mohamed, Ketua Perancangan dan Kawalan Projek menyertai aktiviti tersebut bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada peserta manakala, Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM memberi taklimat keselamatan serta cara penanaman.

Sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), balau sengkawang air (Shorea sumatrana), merawan siput jantan (Hopea odorata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), meranti kepong (Shorea ovalis), keruing kertas (Dipterocarpus chartaceus), durian (Durio zibethinus), jambu bol (Syzygium malaccense), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata) dan ramin melawis (Gonystylus bancanus) telah ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my