Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM selenggara tumbuhan landskap, tanam pokok
diterbitkan pada 04 September 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan aktiviti penyelenggaraan tumbuhan landskap secara gotong-royong di Rumah Tetamu Sg. Kroh, FRIM pada 4 September 2023.

Aktiviti Cawangan Perhutanan Bandar (UF) yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr Lillian Chua Swee Lian ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan kompetensi staf UF dalam penyelenggaraan tumbuhan landskap serta memupuk kerjasama secara berkumpulan.

Chua menanam pokok binjai (Mangifera caesia) di kawasan tersebut. Sebanyak tiga pokok binjai ditanam dalam usaha pengekalan spesies tersebut di FRIM.

Binjai yang merupakan spesies buah nadir famili Anacardiaceae mempunyai buah yang ranum berbau harum dan biasanya digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan seperti sambal.

Aktiviti penanaman pokok yang merupakan kesinambungan aktiviti UF GO GREEN ini juga menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my