Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang 30 pokok kepada Kolej Komuniti Jasin, Melaka
diterbitkan pada 25 May 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan 30 pokok kepada Kolej Komuniti Jasin (KKJS), Melaka untuk program penghijauan kolej tersebut.

Pada 25 Mei 2023, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dr Ismail Parlan bersama Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Norwati Muhammad telah menyerahkan pokok-pokok tersebut kepada Norhana Safee, Pensyarah Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian yang juga Pengurus Unit Smartgreen serta Mohd Fauzan Mat Sari, Pensyarah Program Sijil Teknologi Senibina KKJS.

Turut hadir, Ketua Cawangan Perhutanan Bandar (UF), Dr Ahmad Nazaruddin Mohd Roseli; Setiausaha Jawatankuasa (JK) Teknikal Penanaman Program Penghijauan Malaysia, Abdul Hayat Mat Saad dan Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee.

Pokok-pokok yang disediakan oleh Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM untuk KKJS terdiri daripada beruas (Garcinia hombroniana), asam gelugor (Garcinia atroviridis) dan kelat hitam (Syzygium syzygioides).

Pihak KKJS telah memohon sumbangan pokok serta bantuan khidmat nasihat pakar FRIM dalam menjayakan Program Penghijauan KKJS Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Abdul Hayat bersama Pegawai Media, Lim Chung Lu; dan staf UF, Mohd Zulfadli Mat Yasin telah menghadiri program penanaman di KKJS yang berlangsung pada pada 31 Mei 2023. Seramai 30 staf dan pensyarah KKJS yang diketuai Pengarah, Mohamad Nazri Ismail telah menyertai aktiviti tersebut.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my