Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok bersama Komuniti Kampung Sijangkang
diterbitkan pada 03 May 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan ‘Program Penanaman Pokok Bakau Bersama Komuniti’ di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor pada 3 Mei 2023.

Program anjuran Cawangan Pengurusan Tanah (SM), Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM ini bertujuan mengekalkan kehijauan dan kelestarian kawasan paya bakau serta menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Ketua Program Hutan Ladang, Dr Rosdi Koter menyampaikan kata-kata aluan dan merasmikan program tersebut manakala Suhaimi Sanusi, Pengerusi Persatuan Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang pula memberi taklimat mengenai kepentingan dan fungsi taman tersebut sebagai paru-paru hijau (green lung).

Pengerusi program yang juga Ketua Projek ‘Potensi Penggunaan Biochar dari Sisa Sektor Perhutanan Sebagai Agen Pemulih Tanah dalam Usaha Program Penghijauan Pesisiran Pantai’, ChM. Dr Jeyanny Vijayanathan membentangkan hasil kajian serta kepentingan biochar dalam usaha penanaman pokok.

Turut hadir, Tariq Mubarak Hussin, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Program Penanaman Bakau dan Spesies lain di Pesisiran Pantai Negara; wakil-wakil komuniti Kampung Sijangkang, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta staf dan pelajar Institut Biologi Sains, Universiti Malaya.

Demonstrasi penanaman pokok dilakukan oleh Muhammad Asri Lias dan Rosli Izhar.

Sebanyak 150 bakau kurap (Rhizophora mucronata) berjaya ditanam dengan rawatan kawalan dan biochar yang dihasilkan daripada sisa perhutanan.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my