Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, AEON tanam pokok di SPF Bidor
diterbitkan pada 20 May 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan AEON telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Bidor pada 20 Mei 2023 sempena sambutan ulang tahun AEON ke-39.

Aktiviti tersebut dirasmikan oleh YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak.

Turut hadir, YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak; Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON; Abdul Wahid Abu Salim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC); Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); dan Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan.

Ketua Program Hutan Ladang FRIM, Dr Rosdi Koter menyampaikan taklimat cara penanaman Pokok.

Seramai 800 peserta yang terdiri daripada staf AEON serta sukarelawan seperti pelajar Universiti Petronas Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris telah menghadiri program tersebut.

Mereka menanam 3,900 pokok daripada 50 spesies termasuk merbau (Intsia palembanica), keladan (Dryobalanops oblongifolia) dan tembusu (Cyrtophyllum fragrans).

Program Hutan Persahabatan Malaysia-Jepun anjuran AEON ini bermula sejak 2014 dengan sasaran penanaman sebanyak 30,000 pokok secara berperingkat dalam tiga fasa bagi memulih dan menghijaukan tanah bekas lombong bijih timah serta meningkatkan kesedaran berkenaan dengan kepentingan hutan.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my