Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Fibertex Personal Care tanam pokok sempena Hari BioD
diterbitkan pada 22 May 2023

Fibertex Personal Care Sdn Bhd telah melaksanakan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 20 Mei 2023 sempena sambutan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa yang disambut pada 22 Mei setiap tahun.

Aktiviti tersebut juga menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 20 staf Fibertex yang diketuai Jesper Pedersen, Pengarah Operasi telah disambut Maria Arlene Anak Jacken, Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan

“Program sebegini amat penting bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan menanam pokok untuk tujuan penghijauan bumi dan alam sekitar untuk generasi akan datang,” kata Pedersen dalam ucapan beliau.

Para peserta menanam 20 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), kasai (Pometia pinnata), balau sengkawang air (Shorea sumatrana), belian (Eusideroxylon zwageri), resak daun panjang (Vatica nitens), Keruing cogan (Dipterocarpus rigidus) dan jambu bol (Syzygium malaccense).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my