Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok bersama Kolej Komuniti Selandar
diterbitkan pada 17 May 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok bersama Kolej Komuniti Selandar dan Eco-School Melaka di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Selandar, Melaka pada 17 Mei 2023.

Turut hadir, Rozali Ibrahim, pengarah kolej; dan dua wakil Yayasan Green Growth Asia.

Aktiviti anjuran Cawangan Pengurusan Tanah bersama SPF Selandar, Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai fungsi dan peranan penanaman pokok yang membantu dalam mitigasi perubahan iklim serta meningkatkan biodiversiti dan menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Ketua Program Hutan Ladang, Dr Rosdi Koter menyampaikan kata alu-aluan dan merasmikan program tersebut manakala Dasrul Iskandar Darus, Penyelaras SPF Selandar memberi taklimat mengenai fungsi dan hala tuju stesen tersebut.

ChM. Dr Jeyanny Vijayanathan, pengerusi aktiviti tersebut berkongsi tentang kajian penggunaan biochar sebagai agen pemulih tanah serta kepentingan biochar dalam usaha penanaman pokok.

Muhammad Asri Lias dan Rosli Izhar serta staf SPF Selandar menjalankan demonstrasi cara penanaman pokok.

Seramai 24 pelajar dan pensyarah jurusan landskap kolej tersebut telah menanam 100 pokok kelor/merunggai (Moringa oleifera) dengan rawatan kawalan dan biochar yang dihasilkan daripada sisa perhutanan.

Spesies tersebut dipilih kerana mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat, tahan terhadap kemarau, manfaatnya sebagai spesies hutan tani, produk kesihatan dan sebagai sumber makanan.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my