Politeknik Sandakan tanam pokok di Taman Warisan
diterbitkan pada 13 May 2023
Politeknik Sandakan mengadakan aktiviti penanaman pokok dan gotong-royong di Taman Warisan, Hutan Simpan Khazanah, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) pada 13 Mei 2023.
Seramai 12 pensyarah dan 33 pelajar diploma Agroteknologi Semester 5 telah menghadiri aktiviti tersebut. Turut hadir, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Inovasi, Karim Abdul Samad serta pegawai-pegawai JPS.
Mereka berjaya menanam 45 pokok spesies termasuk laran (Neolamarckia cadamba), pengiran kesat (Anisoptera costata), bintangor (Calophyllum sp.) dan pelajau (Pentaspadon motleyi).
Peserta program juga mengecat semula pondok, mencantikan lanskap sekitar kolam serta melepaskan ikan tilapia ke kolam Taman Warisan.
Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah
Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my