Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok, lawat kilang perabot di Melaka
diterbitkan pada 04 August 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok dan melawat kilang pembuatan perabot di Melaka pada 4 Ogos 2023.

Program anjuran Program Kualiti Produk Kayu (MP) dan Perkhidmatan Pensijilan Produk (PCS) ini diketuai Ketua Program MP, Hashim W Samsi.

Rombongan 35 peserta yang terdiri daripada staf dan ahli keluarga ini telah menanam 40 pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Selandar, Melaka untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia iaitu Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Mereka disambut Ketua Program Hutan Ladang, Dr Rosdi Koter dan Pengurus Stesen, Dasrul Iskandar Darus.

Spesies yang ditanam terdiri daripada seraya (Rubroshorea curtisii), balau sekawang air (Shorea sumatrana), kapur (Dryobalanops aromatica) dan merawan siput jantan (Hopea odorata).

Para peserta juga melawat bengkel pemprosesan pembuatan perabot di kilang Impressive Transform Sdn Bhd (ITSB), Bukit Rambai untuk mengetahui mengenai proses pembuatan perabot sekolah serta sistem kualiti yang diamalkan.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my