Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Perhutanan Daerah Ranau tanam 716 pokok di 10 sekolah
diterbitkan pada 12 May 2023

Pejabat Perhutanan Daerah Ranau dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di 10 sekolah di daerah Ranau. Sekolah-sekolah yang terlibat terletak berhampiran dengan kawasan hutan simpan di daerah Ranau dan kawasan pekan Ranau.

Fasa 1/2023 penanaman diadakan pada 12 April sehingga 12 Mei 2023.

Sebanyak 716 pokok sumbangan JPS dan McCorry Sdn Bhd telah ditanam. Antara spesies yang ditanam termasuk kelat paya (Syzygium myrtifolium), kelat jambu laut (Syzygium grande), langsat (Lansium domesticum) dan akasia (Acacia mangium).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my