Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Siemens Malaysia tanam 70 pokok di Taman Tasik Cempaka
diterbitkan pada 13 May 2023

Seramai 15 orang sukarelawan daripada Siemens Malaysia Sdn Bhd telah menanam 70 pokok kiara payung (Filicium decipiens) di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 13 Mei 2023.

Ia juga merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut bagi memastikan kelestarian alam sekitar melalui penanaman pokok.

Aktiviti tersebut diadakan dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat termasuk syarikat korporat dalam usaha menangani isu perubahan iklim serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi.

Selain menyokong komitmen negara untuk mengekalkan litupan kawasan hijau di Malaysia, pokok yang ditanam juga akan memberi manfaat kepada semua hidupan dalam membekalkan oksigen dan menyejukkan persekitaran.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my