Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

RHB tanam pokok bakau di Sg. Hj. Dorani
diterbitkan pada 19 August 2023

RHB Group telah menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau di Sungai Hj. Dorani, Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Besar, Selangor dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 19 Ogos 2023.

Seramai 110 pegawai RHB yang diketuai Sien Vee Loc, Ketua Kewangan Pelanggan, Pembankan Komuniti Kumpulan Ibu Pejabat RHB telah menghadiri aktiviti tersebut yang bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Tariq Mubarak Husin, Ketua Cawangan Silvikultur Hutan FRIM memberi taklimat serta demo penanaman pokok. Turut hadir, Mohd Azahari Faidi, Pegawai Penyelidik Program Alam Sekitar dan Perubahan Iklim FRIM serta pegawai-pegawai Cawangan Silvikultur Hutan FRIM yang lain.

Para peserta menanam 1,140 pokok bakau dariapda tujuh spesies menggunakan teknik konvensional dan comp-pillow. Spesies-spesies yang ditanam termasuk bakau minyak (Rhizophora apiculata), bakau kurap (Rhizophora mucronata), bakau pasir (Rhizophora stylosa), berus (Bruguiera cylindrica), nyireh pasir (Xylocarpus rumphii), nyireh bunga (Xylocarpus granatum) dan dungun (Heritiera littoralis).

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada programi tanggungjawab sosial korporat (CSR) RHB Touch Heart yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan usaha pemuliharaan hutan bakau pesisiran pantai negara.

Selain itu, para peserta turut menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan pengumpulan sampah di persekitaran hutan paya laut Sg. Hj. Dorani.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my