Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, Sejingkat Power Corporation tanam 538 pokok
diterbitkan pada 09 March 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Sejingkat Power Corporation (SPC), anak syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menganjurkan aktiviti penanaman di pesisir pantai Sejingkat Power Station pada 9 Mac 2023.

Seramai 80 peserta yang terdiri daripada staf JHS dan SPC menghadiri aktiviti tersebut. Turut hadir, Pengurus Stesen, Mohd Narzam Jaffar.

Sebanyak 538 anak pokok yang terdiri daripada pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (Rhizophora mucronata) telah berjaya ditanam.

Aktiviti tersebut merupakan inisiatif SEB bawah program 'Sarawak Energy Corporate Level Integrated 10-Year Tree Planting, Protection and Habitat Restoration Campaign 2021-2030' yang menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan 'Greening Sarawak' yang sedang giat dilaksanakan oleh JHS.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my