Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Terengganu lancar Program Penghijauan Malaysia 2023
diterbitkan pada 02 February 2023

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Kick-Off Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu pada 2 Februari 2023.

Majlis yang diadakan di Darul Iman Traning Centre (DITC), Telok Kalong, Kemaman ini dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Turut hadir, Dato' Zahari Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan); Roslan Rani, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu; serta Shuhaimi Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Daru Iman Training Centre.

YBM Tengku Seri Bijaya Raja telah menanam pokok beruas (Garcinia hambroniana) sebagai simbolik perasmian program tersebut.

Program penanaman telah bermula pada 30 Januari 2023 dengan penglibatan pelajar Kolej Univesiti TATI, Kemaman dengan penanaman sebanyak 2000 pokok pelbagai spesies di sekitar DITC.

Sempena program tersebut, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pameran, pemeriksaan kesihatan percuma serta pengagihan anak pokok kepada wakil-wakil penduduk.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my