Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, Kolej Komuniti Mas Gading tanam 803 pokok
diterbitkan pada 11 March 2023

Seramai 120 peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), tenaga pengajar dan pelajar Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) serta komuniti kampung berdekatan dengan Hutan Simpan Sabal telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 11 Mac 2023.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah KKMG, Ts Shirley Philip. Sebanyak 803 anak pokok daripada spesies bintagor putih (Calophyllum lowii), meranti pitis (Rubroshorea ovata) dan meranti lang (Rubroshorea elliptica) berjaya ditanam.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat KKMG. Program ini juga dijalankan bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta 'Greening Sarawak' yang sedang giat dijalankan oleh JHS.

Selain menanam pokok, para peserta turut mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Sabal, iaitu salah satu tapak semaian hutan di bawah kendalian JHS untuk membekalkan anak-anak benih bagi program restorasi.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my