Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sarawak Golf Club, JHS tanam 1,500 pokok
diterbitkan pada 19 February 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Kelab Golf Sibu (SGC) telah menganjurkan aktiviti penanaman 1,500 anak pokok di perkarangan SGC pada 19 Februari 2023.

Aktiviti tersebut diadakan sempena February Monthly Medal Competition dan sekaligus menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta ‘Greening Sarawak’.

Seramai 100 peserta terlibat dalam aktiviti yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang juga Presiden Kehormat SGC. Turut hadir, Happysupina Sait, Timbalan Pengarah JHS, ahli-ahli SGC serta pegawai-pegawai kanan JHS.

Spesies-spesies pokok asli (indigenous) yang ditanam terdiri daripada belian (Eusideroxylon zwageri), bintangor bukit (Calophyllum lanigerum), ensurai (Dipterocarpus oblongifolius) dan merawan siput jantan (Hopea odorata).

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my