Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Komuniti setempat tanam pokok di HS Paitan, Pitas
diterbitkan pada 16 March 2023

Seramai 30 wakil komuniti setempat sekitar Hutan Simpan (HS) Paitan, Pitas telah mengadakan aktiviti tanam pokok di Kem Cinta Alam pada 16 Mac 2023.

Aktiviti anjuran Pejabat Perhutanan Daerah Pitas, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) ini disertai penduduk Kg. Sungai Eloi, Kg. Datong, Kg. Manggis, Kg. Pogil, Kg. Kabatasan dan Kg. Lakos serta tiga staf Jabatan Perikanan dan enam wakil Syarikat Gerak Saga.

Zainuden Jimbun, Pegawai Perhutanan Wilayah Kudat merasmikan aktiviti tersebut. Turut hadir, Norahmad Jumain, Pegawai Perhutanan Daerah Pitas; Zuridah Jeragan, Pegawai Perhutanan Daerah Kota Belud; Rustum Mison, Pegawai Perhutanan Daerah Kudat; serta 23 staf Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Mereka telah menanam 200 pokok eucalyptus ( Eucalyptus pellita ) di kawasan kem tersebut.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my