Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TUDM Sendayan tanam 500 pokok bakau, sambut ulang tahun ke-65
diterbitkan pada 06 June 2023

Cawangan Provos Marsyal, Pangkalan Udara Sendayan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena sambutan hari ulang tahun TUDM ke-65

Aktiviti yang diadakan pada 6 Jun 2023 ini dihadiri 39 anggota TUDM yang diketuai Lt Kol Amrul Yacob, Provos Marsyal Udara. Mereka menanam sebanyak 500 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) di pesisir pantai berhampiran Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Jimah Port Dickson.

Program ini merupakan usaha pengurusan dan pemuliharaan kawasan hutan paya laut bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan kestabilan alam sekitar.

Pemulihan kawasan hutan paya bakau dapat mengurangkan kesan hakisan ombak; memulihkan persisiran pantai sebagai habitat kepelbagaian biologi serta memperkaya sumber hasil pantai.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my