Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak tanam 1,500 pokok
diterbitkan pada 01 March 2023

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pada 1 Mac 2023 dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif JKSS iaitu ‘Let Sustain The Green’ yang menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan ‘Greening Sarawak’.

Sebanyak 1,500 pokok bernilai tinggi yang telah ditanam merangkumi bintagor putih (Calophyllum lowii), selangan batu pinang (Shorea havilandii), resak tangkai ungu (Vatica vinosa), lun daun tebal (Richetia subcylindrica), kapur keladan (Dryobalanops beccarii) dan meranti lang (Rubroshorea elliptica).

Seramai 100 peserta terlibat termasuk Datu Hamden Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak; Y.A.A Datu Awang Suhaili Ledi, Ketua Hakim Syarie JKSS; wakil Japan Malaysia Association (JMA), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kedua-dua agensi serta ahli-ahli komuniti yang berdekatan.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my