Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

30 peserta rai sambutan Hari Bumi di FRIM
diterbitkan pada 15 April 2023

Seramai 30 peserta ceramah 'Tree planting: with and without soil' telah meraikan Hari Bumi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 15 April 2023.

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun untuk menghargai bumi dan meningkatkan kesedaran melindungi bumi dan alam sekitar. Tema sambutan 2023 ialah 'Melabur untuk Planet Kita (Invest in Our Planet)'.

Ketua Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM, Dr Siti Salwana Hashim telah berkongsi kaedah pembiakan tumbuhan menggunakan tanah manakala Penyelidik Pusat Biousahawan (CBB), Dr Siti Suhaila A. Rahman pula menerangkan teknik kultur tisu yang dapat menghasilkan bahan tanaman dalam skala yang besar.

Pada sesi amali, para peserta diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti kulturtisu.
Mereka juga dibawa melawat TSU untuk mempelajari cara menyediakan bahan tanaman serta penjagaan anak pokok di tapak semaian.

Bagi mempromosikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr Norwati Muhammad turut menyampaikan anak pokok percuma sumbangan TSU kepada para peserta bagi menggalakkan aktiviti penanaman pokok.

Sumber: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my