Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pelajar Politeknik Sandakan tanam pokok
diterbitkan pada 21 March 2023

Seramai 36 pelajar Politeknik Sandakan Sabah menanam 150 pokok bakau di Sankina Aquaculture, Tawau pada 21 Mac 2023 sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa.

Program 'Smart Community Program – Mangrove Tree Planting' ini dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan World Wildlife Fund (WWF) - Malaysia.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli DUN Apas, YB Kolonel Kehormat(PA) Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Politeknik Sandakan, Irwandih Mat Jaili; Pengarah Sankina Aquaculture, Ou Sing Jen; Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Tawau, Kee Nooridayu Mohd Ayub; Pegawai Kanan Akuakultur WWF-Malaysia, Chor Wei Kang; Ketua Kampung Sg. Apas, Salamat Yusof; dan Pengarah 'Smart Community Program', Azhar Ambo.

Spesies pokok yang ditanam terdiri daripada bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau api-api (Avicennia alba) sumbangan JPS dan WWF-Malaysia.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my