Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TPM tanam pokok di Parlimen, sambut HHA 2023
diterbitkan pada 22 March 2023

YAB Dato' Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri (TPM), merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi telah menanam pokok cempaka hutan (Gardenia carinata) di Taman Herba, Parlimen Malaysia pada 22 Mac 2023 sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA).

Turut hadir, YB Dato' Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat; YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Dato' Indera Mohd Ridza Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia; dan Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Aktiviti penanaman pokok ini diadakan sebelum TPM mempengerusikan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara (MBN) di Parlimen.

HHA disambut pada 21 Mac setiap tahun bagi meraikan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah hutan. Negara-negara di seluruh dunia digalakkan untuk menganjurkan aktiviti mengenai hutan dan pokok seperti penanaman pokok sempena sambutan tersebut.

Tema HHA 2023 ialah Hutan dan Kesihatan (Forest and Health) menekankan keseimbangan hubungan antara hutan dan manusia, terutamanya dalam konteks kesihatan. Hutan memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan ekosistem alam serta memberi pelbagai manfaat seperti menyediakan air dan udara yang bersih kepada kita.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my