Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pandu Puteri Perak tanam pokok, sambut ulang tahun ke-101
diterbitkan pada 18 March 2023

Pandu Puteri Perak telah mengadakan aktiviti penanaman pokok bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-101 pada 18 Mac 2023 di Kompleks Latihan Perhutanan Sg. Siput (U), Perak.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Zara Salim, Permaisuri Negeri Perak Darul Ridzuan merasmikan sambutan tersebut dengan menanam pokok cempaka (Magnolia champaca).

Turut hadir, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Soraya Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan; Datin Seri Aezer Zubin, Isteri YAB Menteri Besar Perak; Munira Saliza Saleh, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Daerah Kuala Kangsar; Tee Huey Ghee, Ketua Pesuruhjaya Cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak; dan Siti Dessyma Isnani, Timbalan Pengarah JPNPk.

Seramai 350 ahli Persatuan Pandu Puteri Negeri Perak Darul Ridzuan telah menghadiri sambutan tersebut.

Mereka menanam 255 pokok yang terdiri daripada merawan siput jantan (Hopea odorata), keruing bulu (Dipterocarpus baudii) dan cempaka (Magnolia champaca).

Aktiviti tersebut menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia: Penanaman 100 Juta Pokok serta usaha dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Ia juga meningkatkan kesedaran kepentingan penanaman pokok dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri.

Pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pertandingan baju berhias, pertandingan melukis dan pameran turut diadakan sepanjang sambutan tersebut.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my