Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JUPEM Perak, JPNPk tanam pokok, sambut Global Surveyors' Day
diterbitkan pada 20 March 2023

Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Perak dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) telah menganjurkan aktiviti penanaman pokok sempena sambutan Global Surveyors' Day (GSD) 2023 pada 20 Mac di Kompleks Latihan Perhutanan, Sungai Siput (U) Perak.

Aktiviti tersebut dirasmikan oleh Sr Julia Mohd Zawawi, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II JUPEM Perak. Turut hadir, Murni Samsuddin, Penolong Pegawai Silvikultur dan Kepelbagaian Biologi JPNPk.

Sejumlah 50 pokok merawan siput jantan (Hopea odorata) ditanam oleh staf JUPEM Perak, Pejabat Ukur Daerah Perak Barat dan JPNPk.

Penganjuran aktiviti tersebut menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia: Penanaman 100 Juta Pokok serta usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga menyumbang kepada pengurangan kesan perubahan iklim serta mengekalkan 50% kawasan berhutan daripada keluasan tanah negeri ini dan memberikan pendedahan kepada peserta kaedah penanaman pokok.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my