Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNPk tanam Pokok di TER Kledang Saiong
diterbitkan pada 27 February 2023

Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok bersempena dengan Majlis Perasmian Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) di Taman Eko Rimba (TER) Kledang Saiong, Ipoh, Perak pada 27 Februari 2023.

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ini juga merupakan 'Kick-off' bagi Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman Pokok Tahun 2023 negeri tersebut.

Sebanyak 150 pokok nadir pelbagai spesies dan tujuh pokok jelutong (Dyera costulata) telah ditanam pada program tersebut.

Turut hadir, YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa (JK) Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau; YB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Pengerusi JK Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam; YB Mohd Azlan Helmi, Pengerusi JK Komunikasi, Multimedia dan NGO; YB Salbiah Mohamed, Pengerusi JK Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan; YB Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; Dato' Indera Mohd Ridza Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia; dan Dato’ Mohamed Zin Yusop, Pengarah JPNPk.

Aktiviti penanaman pokok ini membuktikan Kerajaan Negeri Perak melalui JPNPk sangat komited untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta mengurangkan kesan perubahan iklim selain mengekalkan 50% kawasan berhutan daripada keluasan tanah negeri ini.

Pada 2023, Kerajaan Negeri Perak menyasarkan penanaman sebanyak 2.5 juta pokok melalui penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sejumlah 4,545,790 pokok telah ditanam di negeri tersebut pada 2021 (2,211,939) dan 2022 (2,333,851 pokok). Kerajaan Negeri Perak juga menyasarkan penanaman 10 juta pokok dalam tempoh lima tahun (2021-2025).

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my