Aramijaya Agri & Agro Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) menanam 10,006 pokok spesies Eucalyptus pellita pada 21 Mac 2023 dan mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records (MBR) sebagai ‘The Largest Eucalyptus Planted in Tree Planting Event’.
Aktiviti yang diadakan di Ladang Hutan Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 ini dirasmikan oleh Dato' Salim Aman, Pengarah JPNJ. Turut hadir, Lee Hun Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Aramijaya Agri & Agro.
Ia juga bertujuan menggalakkan penglibatan warga korporat dalam menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Seramai 600 wakil dari SK Taman Impian Emas, SMK Taman Impian Emas, Johor Bahru Happy dan Joyous Club, Kelab Ihsan Johor, Persatuan Pencinta Alam Cawangan Johor, RELA Daerah Kota Tinggi, Kolej Komuniti Kota Tinggi, Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai aktiviti tersebut.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

hello@100jutapokok.gov.my