Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Warga Johor tanam 1,000 pokok azam tahun baharu 2023
diterbitkan pada 01 January 2023

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program 'Hijaukan Bumi: Azam Bersama' pada 1 Januari 2023 di Rizab Sungai Rimba Terjun, Pontian.

Program tersebut bertujuan menyemai perasaan cintakan alam sekitar menerusi aktiviti penanaman pokok serta menunjukkan komitmen kerajaan negeri menerusi JPNJ dalam mencapai sasaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi 2023.

Seramai 100 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UTM; Ahli Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); komuniti Mukim Rimba Terjun; dan Pengusaha Restoran Iwak@Rhu telah mengambil bahagian dalam program tersebut.

Mereka telah menanam 500 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata), 250 pokok berus (Bruguiera cylindrica) dan 250 pokok tengar (Ceriops tagal).

Program 'Hijaukan Bumi: Azam Bersama' tersebut telah dirasmikan oleh Ahmad Azhar Ab Hamid, Penolong Pegawai Daerah Pontian. Turut hadir, Dato Salim Aman, Pengarah JPNJ; Fauziah Hamin Naobi @ Atan, Jurutera Daerah JPS Pontian; Prof. Madya LAr Dr Sapura Mohamad, Timbalan Dekan Fakulti Seni Bina & Ukur, UTM; Lt Kdr TLDM Hanafiah Jaafar, YDP Persatuan Veteran TLDM; dan Mohd Hisham Mazlan, Penghulu Mukim Rimba Terjun.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my